Monday, June 10, 2013

Promosi Pakej Business Card & Flyers

Assalamualaikum w.b.t.

Promosi bulan Jun sehingga September 2013!!! Hubungi saya di talian yang tertera untuk tempahan. Terima kasih!


Disediakan oleh :

MOHD NUR SYUFAAT BIN JAMIRAN (Sm. Sn. Sos.)
Sarjana Sains Pengurusan Teknologi
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
UTHM, Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim

Monday, May 20, 2013

Gemilang Malaysia


Sehebat namamu,
M.A.L.A.Y.S.I.A
Gah di mata dunia tatkala melihat dirimu berdiri,
Matap disegenap pelusukmu,
Kukuh tulang tunjang dibelakangmu,

Rakyat kaummu berbilang bangsa,
Bersatu hati di bawah payungmu,
M.A.L.A.Y.S.I.A
Martabat dijulang tinggi perkasa,
Mencurah makmur sejahtera bahagia,

Ekonomi terpacu terus kehadapan,
Mewujud sayang kasih bersemi,
Mencari titik persamaan demi bersatu,
Menolak jurang perbezaan demi beradu,

Matamu,
Hatimu,
Caramu,
Peribadimu,
Menggambarkan sifat rakyatmu,
Rakyatmu yang kekal bersatu dan tunggal suaranya,
Terpecah dua pasti kembali bersatu,
Bersatu membentuk identiti,
Identiti bergelar Malaysia,

Ya,
Sudah terbukti,
MALAYSIA kini gemilang,
Gemilang menuju wawasan 2020


-MNSJ-

Wednesday, May 15, 2013

Perutusan Hari Guru Dari Saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat seluruh insan yang bergelar guru tidak kira guru sekolah, pensyarah, guru bahasa, guru kemahiran, tenaga pengajar, guru tuisyen, guru masak, guru silat, guru mengaji, guru tadika dan ramai lagi. Yang penting mereka itu pernah mengajar terutamanya abah dan emak saya yang sememangnya seorang 'guru di rumah' dan 'guru di sekolah'. Tak lupa juga buat along, angah dan juga suaminya. Hebat sungguh mereka sebab mereka sebenarnya mampu mengetepikan kepentingan diri mereka untuk mendidik anak bangsa mereka supaya terus maju dan terus berilmu. Teringat kisah Rasulullah yang 'terpaksa' belajar 'membaca' demi menyebarkan agama Islam yang suci ini. Nah, lihatlah kini, agama Islam terus menerus tersebar ke seluruh dunia. Semuanya bermula dari membaca yang pastinya akan memperoleh ilmu. Tahniah buat semua guru di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Saya dengan ini menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada cikgu-cikgu yang pernah saya lukai hatinya walaupun secebis. Mungkin bagi yang dewasa merasakan seperti perkara biasa kerana 'budak-budak, macam tulah'. Tetapi bagi saya yang dah dewasa ini pastinya akan mengenangkan kisah-kisah silam yang bermain di benak pemikiran ini terutamanya di waktu persekolahan. Kena tarik telinga, bumping, dirotan di belakang dan di tangan, ketuk ketampi, jalan itik, berdiri atas kerusi dan banyak lagi denda yang dikenakan ke atas saya pada waktu itu. Bukan saja-saja mereka mendenda, tetapi untuk mendidik kita supaya jadi yang berguna. Saat saya menulis ucapan Hari Guru ini, terbayang-bayang wajah guru yang pernah mengajar dan mewarnai hidup saya. Terima kasih semua. Terima kasih cikgu!!!

Ucapan ini khas buat semua guru terutamanya :
- Sekolah Kebangsaan Setia Jaya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ikhlas dari :

MOHD NUR SYUFAAT BIN JAMIRAN (Sm. Sn. Sos.)
Sarjana Sains Pengurusan Teknologi
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
UTHM, Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim

Tuesday, May 14, 2013

Di Mana Manusianya



Inikah bumi selama ini dipijak
Inikah tanah yang dijadikan manusia
Bumi dimana kebenaran bisa ditelanjangkan
Tanah dimana keadilan gampang dicabul
Dimana manusianya

Lukisan kejam terus terlakar
Yang dosa jadi pahala
Yang dusta jadi benar
Ketelusan telah dikapan
Keadilan hanya tinggal batu nisan
Dimana manusianya

Bila kebinatangan lebih dari binatang
Hancur musnah peradaban segala
Hanya terus diselimut kegelapan
Di bawah ditindas kelak binasa
Dimana manusianya


Karya:
M.H.Hamzah

Monday, May 13, 2013

SayanG Selamanya


Sayang,
Ku ingin kau menjadi milikku,
Ku akan mencintaimu,
Ku akan menjagaimu,
Seumur hidupku,

Dan,
Hanya kau yang kusayangi,
Ku akan setia di sini,
Menemanimu di sisi...

-yani-
Batu Pahat, Johor

Semua Percuma



Orang kata hidup mudah, 
Rupa-rupanya susah, 
Mana-mana bayar, 
Dan terus membayar, 

Dari parking hingga ke tandas, 
Semuanya perlu dibayar, 
Tidak dibayar pasti ada yang lapar, 
Walaupun hanya sesuap gaji, 
Nilai tinggi kerna tulang dibantingi. 

Bagi pengguna amatlah sukar, 
Lakukan pembayaran dengan busuk hati, 
Sukarnya menikmati nikmat diberi, 
Bukan untuk sesuka bahasa, 
Namun mengajar erti menghargai. 

Percuma itu, 
Percuma ini, 
Percuma sana, 
Percuma sini, 
Bila percuma ada di sisi,
Rasa pasti senang di hati.


Hasil nukilan :

~MNSJ~
Johor

Wednesday, May 8, 2013

Pilihan Raya ke-13

Sumber : Google.com
Gendang Biru Putih mula menyala
Gendang warna-warni turut bergema
Penyokong bersorak gempita
Menyambut pilihan hati mereka

Kempen bermegah tiada hujungnya
Berkubu-kubu jelas di mata
Berjalan malam tiada terkira
Berjuang penuh memasang bendera

Tiba masa sudah dinanti
Panggilan SPR kembali dirai
Setelah 5 tahun dirasa menyepi
Kini mereka mula beraksi

Dengan wajah-wajah yang baru
Matlamat bukan untuk mengharu
Manifesto memimpin akal yang satu
Untuk memilih yang tiga atau yang satu

Jelas kini warna Biru itu dipilih
Hilang sabar warna-warni bertatih
Bukan bersama memimpin yang terlatih
Tetapi berhimpun berlawan siputih

Harapan bersatu itu pasti
Menyambut realiti kaum yang basi
Satu Malaysia mencorak hati
Dikala kerajaan baru mencurah budi


Nukilan oleh :
drMNSJ
Batu Pahat, Johor
09Mei2013Pekanbaru

Thursday, May 2, 2013

Cekodok Pisang

Sumber gambar : Google.com

Cekodok yang berada di sisi
Penambah seri diufuk pagi
Yang mencerminkan keindahan
Tatkala mengenang suatu kenangan

Satu persatu ku jamah
Hingga keri tidak terkata
Apabila sambal ku cicah
Yang tadinya ku siram limpah

Jemariku kian menggaris luka
Pen kuning mencarut-carut
Peristiwa lalu cukup mengusik
Sinaran kelam ku terasa asyik

Cekodok pisang sedia meneman
Di samping teh O ais pembasah lidah
Ku lihat ke kiri dan ke kanan
Mencari-cari idea untuk berlidah

Kini tinggal empat biji
Ianya masih menanti
Untuk dijamah si penyibuk
Sejuk hilang ditelan si cekodok


Ikhlas daripada :

Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran (Sm. Sn. Sos.)
Sarjana Sains Pengurusan Teknologi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Ta'zim

Salam Perkenalan Dari Saya


Sumber gambar : Google.com


Salam perkenalan, salam perpaduan, salam pendamaian dan juga salam 1 MALAYSIA kepada semua. Alhamdulillah, dengan berkat dan usaha kami akhirnya berjaya menyiapkan blog yang tak seberapa ini.

Bila memerhatikan dunia masa kini, banyak betol masalah yang berlaku. Memang benar, ia datang dari dalam diri. Tidakkah anda sedar, masalah sosial yang berlaku sebenarnya berpunca daripada tekanan dalam meluahkan perasaan? Tidak tahu caranya bagaimana? Nah, di sini saya sediakan ruang untuk anda berkongsi idea dan meluahkan perasaan anda untuk dikongsi bersama.

Tujuan saya bina blog ini adalah untuk menghimpunkan karya-karya seni hasil nukilan saya sendiri. Eh, tak lupa juga kepada anda semua yang ingin menyumbangkan sajak, sila-silalah hantar kepada emel saya (j_king4at@yahoo.com). Hanya, tuliskan nama, asal dan karya anda. InshaAllah, saya akan post karya-karya anda untuk tatapan semua yang sudi melawat blog ini.

Mesti korang rasa blog ni untuk sajak saja kan? Tak! Bukan untuk sajak saja. Malah saya buka untuk karya lain seperti cerpen, syair, pantun, lagu dan sebagainya. Harap korang faham ok? Hehe

Akhir kata, seni itu indah. Yang hitam, pasti ada putihnya. Yang belang pasti ada tompoknya. Yang cantik, pasti ada hodohnya. Sekian, salam sayang dari saya untuk anda semua.

Terima kasih.

Yang benar,

drMNSJ