ABOUT BLOG


Salam perkenalan, salam perpaduan, salam pendamaian dan juga salam 1 MALAYSIA kepada semua. Alhamdulillah, dengan berkat dan usaha kami akhirnya berjaya menyiapkan blog yang tak seberapa ini.

Kami terdiri daripada beberapa orang mahasiswa yang berlainan bidang pengajian dan juga berlainan universiti. Kedia bergabung tenaga untuk menjadi satu kumpulan yang bercirikan seni kreatif. Terima kasih SEMUA!

Bila memerhatikan dunia masa kini, banyak betol masalah yang berlaku. Memang benar, ia datang dari dalam diri. Tidakkah anda sedar, masalah sosial yang berlaku sebenarnya berpunca daripada tekanan dalam meluahkan perasaan? Tidak tahu caranya bagaimana? Nah, di sini saya sediakan ruang untuk anda berkongsi idea dan meluahkan perasaan anda untuk dikongsi bersama.

Tujuan kami bina blog ini adalah untuk menghimpunkan karya-karya seni hasil nukilan kami sendiri. Eh, tak lupa juga kepada anda semua yang ingin menyumbangkan karya seni, sila-silalah hantar kepada emel saya (j_king4at@yahoo.com). Hanya, tuliskan nama, asal dan karya anda. InshaAllah, kami akan post karya-karya anda untuk tatapan semua yang sudi melawat blog ini.

Mesti korang rasa blog ni untuk sajak saja kan? Tak! Bukan untuk sajak saja. Malah saya buka untuk karya lain seperti cerpen, gambar, syair, pantun, lagu dan sebagainya. Harap korang faham ok? Hehe

Akhir kata, seni itu indah. Yang hitam, pasti ada putihnya. Yang belang pasti ada tompoknya. Yang cantik, pasti ada hodohnya. Sekian, salam sayang dari saya untuk anda semua.

Terima kasih.

Yang benar,

drMNSJ

No comments:

Post a Comment